Friday, 15 November 2019

Kematian yang baik


Kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya, kelihatan biasa-biasa malah tidak ramai yang tahu pun. Tapi bila dia pulang menghadap penciptaNya, betapa kehilangan itu sangat dirasakan oleh orang sekeliling, kebaikannya mula disebut-sebut malah dirindui.

Berbuat baiklah walaupun tidak dihargai, kerana sesungguhnya ganjaran Allah itu tiada taranya. Kita memerlukan Allah, kita jangan terlalu mengharap pada penghargaan manusia.

Berbuat baiklah, walaupun kita kira ia kecil di mata manusia, kita tidak tahu amalan manakah yang membawa kita ke syurga.

Sayu mendengar berita kehilangannya, tapi tenang mendengar orang menyebut kebaikannya.

~Umi Hana~

       

Umi Hana

Bismillahirrahmanirrahim,

Dah kenapa nak berblogging ni? Hmm..

Walaupun usia dah nak menjangkau 34 tahun, baru nak mula berblogging semula heheh.. (dulu ada la blog masa belajar kat uni, tapi dah delete sebab rasa lama sangat dah tinggal)

Tiba-tiba rasa I need a platform to recap my life. Ada masa nak bercerita about something in past, tapi mungkin sebab masa yang ada selalu bersama anak-anak, keluarga, kerja, jadi kadang-kadang post di status Whatsapp, yang limited words tu, of course la the excitement tu takdak.

I think I need this, for my children, grandchildren, great great grandchildren to know about me. Aisehmen. Yela.. mati tu pasti kan. Whatever the untold story, we will bring it to the grave with us.

The most important reason, is I want to share something good, good review, good advice, I want to make sure I learned something for this life. Whatever I learnt, I need to share. We never knew which amalan yang akan membawa kita ke syurga. Thus, this is one of my platform for my good deeds, InsyaAllah.

~Umi Hana~

Kematian yang baik