Friday, 15 November 2019

Kematian yang baik


Kebaikan yang dilakukan semasa hayatnya, kelihatan biasa-biasa malah tidak ramai yang tahu pun. Tapi bila dia pulang menghadap penciptaNya, betapa kehilangan itu sangat dirasakan oleh orang sekeliling, kebaikannya mula disebut-sebut malah dirindui.

Berbuat baiklah walaupun tidak dihargai, kerana sesungguhnya ganjaran Allah itu tiada taranya. Kita memerlukan Allah, kita jangan terlalu mengharap pada penghargaan manusia.

Berbuat baiklah, walaupun kita kira ia kecil di mata manusia, kita tidak tahu amalan manakah yang membawa kita ke syurga.

Sayu mendengar berita kehilangannya, tapi tenang mendengar orang menyebut kebaikannya.

~Umi Hana~

       

No comments:

Post a Comment

Kematian yang baik